Monday, 27 June 2016

Kesenian Makyung

Makyung merupakan drama tari tradisional Melayu yang menggabungkan unsur-unsur lakonan dan tarian,muzik,lagu,cerita dan teks percakapan yang formula dan bersahaja .Persembahan Makyung sering dipersembahkan di Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis. Keindahan seni drama tari Makyung dapat dilihat dari segi penyampaian cerita yang menggabungkan tarian,muzik dan nyanyian.Setiap cerita yang hendak disampaikan akan dimulakan dengan upacara menghadap rebab. Semasa upacara ini,watak utama akan bernyanyi secara solo diiringi muzik rebab.Pelakon-pelakon akan membuat gerak bahu,badan,jari dan mata dengan gerakan yang lemah gemalai.Kemudian mereka akan bangun secara perlahan-lahan dan berdiri tegak sebaik sahaja nyanyian solo selesai. setelah itu,mereka akan memulakan cerita dengan memperkenalkan diri melalui watak dengan pakaian khusus masing-masing.

No comments:

Post a Comment