Wednesday 31 August 2016

Khamis,30 julai 2015                                                                                                                                 Aku bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian.Aku tidak sabar-sabar rasanya hendak bersama dengan ibu,ayah,adik-beradik,saudara-mara dan sahabat handai di tanah air. Aku sungguh merindui suasana aman damai dikampung halam. aku rindui akan bunyi kicauan berburung .Aku juga tidak lupa bunyi kokokan ayam jantan pada waktu pagi.                                                                                                 Azamku hanya satu.Aku mahu memanfaatkan ilmu yang ditimba di negara matahari ini terbit untuk memajukan anak-anak bangsaku.Aku yakin  aku dapat membangunkan negaraku jika aku bersungguh-sungguh.                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Ahad,2 ogos 2015                                                                                                                                       Aku amat  teruja  ketika kakiku menuruni anak-anak tangga pesawat MAS.Benar kata pepatah,"hujan emas dinegeri orang,hujan batu di nageri sendiri.Walaupun berada lima tahun di rantau orang,namun kasih dan taat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!                   

Thursday 14 July 2016

Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988. Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu. Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:- Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

Monday 27 June 2016


Kesenian Makyung

Makyung merupakan drama tari tradisional Melayu yang menggabungkan unsur-unsur lakonan dan tarian,muzik,lagu,cerita dan teks percakapan yang formula dan bersahaja .Persembahan Makyung sering dipersembahkan di Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis. Keindahan seni drama tari Makyung dapat dilihat dari segi penyampaian cerita yang menggabungkan tarian,muzik dan nyanyian.Setiap cerita yang hendak disampaikan akan dimulakan dengan upacara menghadap rebab. Semasa upacara ini,watak utama akan bernyanyi secara solo diiringi muzik rebab.Pelakon-pelakon akan membuat gerak bahu,badan,jari dan mata dengan gerakan yang lemah gemalai.Kemudian mereka akan bangun secara perlahan-lahan dan berdiri tegak sebaik sahaja nyanyian solo selesai. setelah itu,mereka akan memulakan cerita dengan memperkenalkan diri melalui watak dengan pakaian khusus masing-masing.

Wednesday 22 June 2016

TABURAN PENUTUR BAHASA MELAYU DI DUNIA FRANCOIS VALENTIJN,seorang penulis belanda pada tahun 1726 telah merekodkan : "Bahasa Melayu ialah bahasa antarabangsa dan sesiapa yang tinggal di kawasan antara persia (parsi atau iran)disebelah baratnya dan Filipina di sebelah timurnya tetapi tidak mengetahui bahasa Melayu,maka,orang itu akan dianggap sebagai tidak berpelajaran."